Monday, April 5, 2010

Video Shooting with Astro Arena...

Pihak Astro Arena (801) dijadualkan akan mengadakan satu video shooting dengan Aidil Zafuan & Zaquan Adha pada hari Rabu ini 7hb April 2010. Antara program yang dicadangkan adalah mengadakan lawatan di bekas sekolah Aidil & Zaquan di Sikamat dan sessi latihan dan bersama penyokong AZFC di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi.


Pihak AZFC di sini ingin menjemput peminat Aidil & Zaquan untuk memeriahkan sessi video shooting tersebut, sekiranya dapat hadir pada jam 3.00ptg di STAR Paroi dengan berpakaian penyokong dan/atau sukan dalam sessi latihan bersama mereka. Peminat-peminat kecil juga amat dialu-alukan turut hadir dengan pakaian sukan. Program dijangka tamat pada jam 4.30pm kerana kembar akan menghadiri sessi latihan harian bersama pasukan Negeri Sembilan pada petang itu.


2 comments:

  1. Bagi sebarang pertanyaan atau pengesahan kehadiran, boleh hubungi en Sofian : 013-6161076...

    ReplyDelete
  2. Update : Lokasi shooting dipindahkan ke padang Sekolah Menengah KGV (KGV Green) jam 4.15ptg... Jom!?

    ReplyDelete