Monday, May 3, 2010

Senarai Nama Peserta AZFC Bowling Tournament 2010

UPDATED (as at 11pm 4/5/2010) Berikut adalah senarai nama peserta yang akan menyertai Pertandingan Bowling AZFC Bersama Aidil & Zaquan: -

1. Ahmad Sofian Mohd Nor
2. Nor Aziruddin Muhammad
3. Hamidi Izwan Dato' Ahmad Soffian
4. Norulhuda Munzir
5. Ernawaty Abd Rashid
6. Mohamad Nazri Robai
7. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak
8. Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak
9. Ain Nur Hidayah Abdullah
10. Muhammad Ramadzan Abd Rashid
11. Mohammad Azman Razali
12. Norhafiz Norminhat
13. Rezal
14. Norazida
15. Suziela bt Abd Radzak
16. Mohd Hishamuddin
17. Mohamad Shah Shariff
18. Sham WTW
19. Fatin Liyana
20. Hafiz Firdaus
21. Norhanim
22. Haslina Abd Majid
23. Razi Samsudin
24. Wanie
25. Shahrin
26. Nurul Finie
27. Nurul Aidil Hisma
28. Tengku Hasliwati
29. Engku Nor Mohanis
30. Puteri Nyta
31. Mohd Zaki
32. Mohd Nizwan
33. Amer bin Alias
34. Mohd Shairul Juhari
35. Musnazri Mustaq Khan
36. Raja Zainah Daeng Kadir
37. Annis Fadzreen Mohd Radzib
38. Annis Faradilla Mohd Radzib
39. Mohd Faez Mokhtar
40. Haslinda Kaharudin
41. Nordiana Abd Radzak
42. Zairul Affendi Mazlan
43. Muhamad Fikri Abu Hassan
44. Mohd Mokhtar Daud
45. Noremi Ab Rahman
46. Noraqma Hidayah An Rahman
47. Ammilia Rosli
48. Noor Zuraida
49. Siti Rodziah
50. Norfarhanah
51. Ruziana Abd Radzak
52. Zaffran Abd Radzak
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.


* Bagi peserta yang masih belum membuat bayaran, sila berbuat demikian PADA ATAU SEBELUM 6/5/2010 (KHAMIS) kepada mana-mana AJK yang dilantik. Sekiranya gagal, nama anda akan dipotong dan peluang akan diberi kpd yang lain.

Sunday, May 2, 2010

Sumbangan Oleh WTW Construction & Mawaddah Boutique

Pada hari Jumaat 30hb April 2010 yang lepas, pengurusan AZFC berserta Aidil Zafuan & Zaquan Adha telah hadir di majlis sumbangan 'sponsorship' oleh dua syarikat iaitu WTW Construction dan Mawaddah Boutique Sdn Bhd, bagi program AZFC Bowling Tournament With Aidil & Zaquan...


Bermula di pejabat urusan WTW Construction di Seremban 2, pengarah syarikat iaitu En James telah menyampaikan sumbangan kepada Presiden AZFC iaitu En Ahmad Sofian bin Mohd Nor sambil disaksikan oleh pasangan kembar Aidil & Zaquan serta keluarga dan rakan-rakan. En James ternyata gembira dengan kehadiran kembar dan yakin dengan program Pertandingan Bowling yang akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada hari Ahad 9/5/2010.

Kemudian AZFC, Aidil, Zaquan dan ahli-ahli keluarga mereka pergi ke gedung busana muslim dan muslimah iaitu Mawaddah Boutique yang terletak tidak jauh dari lokasi yang pertama. Di sini, dua pengarah syarikat Mawaddah iaitu Pn Rusnaliza bt Dato' Ahmad Soffian dan Norulhuda Munzir telah menyampaikan cek kepada AZFC. Di samping itu pasangan juga berpeluang melihat tudung serta skaf buatan Mawaddah khas bagi peminat bolasepak muslimah iaitu Pro-N9.


Di sini kami AZFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada WTW Construction dan Mawaddah Boutique kerana sudi memberikan sumbangan bagi memastikan program Pertandingan Bowling ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Disamping itu, pengarah-pengarah syarikat-syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian dari penyumbang program AZFC dan jika ada rezeki akan memberi sokongan di acara-acara AZFC di masa-masa akan datang.

Terima kasih daun keladi dari kami AZFC :)

Wednesday, April 28, 2010

Borang Pendataran Keahlian

Atas permintaan ramai, di sini dilampirkan sesalinan Borang Pendaftaran Keahlian AZFC. Pemohon boleh email semula borang pendaftaran yang telah diisi ke : kembarfc@yahoo.com berserta attachment sekeping foto bersaiz lesen bagi tujuan penyediaan kad keahlian.

Bayaran boleh dibuat terus kpd mana-mana AJK AZFC yang dilantik. Bagi yang tinggal jauh dari lokasi AJK, kami dalam proses membuat akaun AZFC, maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Borang yang telah dihantar akan disimpan dan hanya akan diproses setelah bayaran dibuat.



Tuesday, April 27, 2010

AZFC BOWLING TOURNAMENT WITH AIDIL & ZAQUAN

Penyertaan kini dibuka! Syarat-syarat: -

1. Mestilah ahli berdaftar AZFC;
2. Berumur 18 tahun ke atas;
3. Penyertaan hanya dapat disahkan setelah bayaran dibuat kepada AJK AZFC yang dilantik;

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Sofian (013-6161076) atau Pn Norulhuda (017-6375088). Bagi yang tinggal di luar Negeri Sembilan, sila hubungi en Akramin (013-6204276) di Shah Alam atau en Nazri (012-9518300) di Klang.

Pertadingan Bowling AZFC ini akan diadakan sebagaimana berikut: -

Tempat : Jusco, Seremban 2
Masa : 1.00 tengahari
Tarikh : 9hb Mei 2010 (Ahad)
Bayaran : RM30-00 (termasuk pendaftaran keahlian AZFC)

Senarai nama peserta yang telah confirm akan disiarkan di blog ini...

Monday, April 26, 2010

1st AZFC Gathering

Pada hari Ahad 18hb April 2010 yang lalu, AZFC telah menganjurkan satu perjumpaan kali pertama semua peminat-peminat dan pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, bertempat di Restoren Raudhah di Jalan Rahang, Seremban.


Majlis ini bertujuan bagi memaklumkan kepada umum senarai Ahli Jawatankuasa Protem yang dilantik serta merupakan satu ‘kick-off event’ menandakan secara rasminya AZFC akan mula digerakkan oleh AJK Protem ini.

Jumlah jemputan terpaksa dihadkan bagi memastikan semua yang hadir berpuashati dan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual. Di dalam majlis ini juga borang pendaftaran keahlian juga diedarkan kepada hadirin, dimana caj pemprosesan sebanyak RM10.00 dikenakan (mestilah 7 tahun ke atas).

Agak menggelikan hati melihat airmuka hadirin yang terkejut apabila Aidil & Zaquan masuk ke dalam dewan makan secara tiba-tiba sedang mereka asyik mengisi borang atau beramah mesra sesama mereka. Apatah lagi melihat keletah anak-anak kecil yang menjadikan kembar idola serta ikon ikutan mereka, kini berada di depan mata mereka…. Melompat-lompat kegembiraan, hehehe!

Pengacara majlis, En Azumuddin melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan bijak. Selesai membaca doa, Presiden Protem iaitu En Sofian menyampaikan sepatah-dua kata berhubung penubuhan AZFC. Kemudian diikuti dengan Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, dan diakhiri dengan ayah kembar iaitu Pakcik Radzak yang menyampaikan amanah serta harapan beliau terhadap penubuhan AZFC ini.

Pengerusi Majlis kemudiannya memberi peluang kepada hadirin untuk bertanyakan sendiri kepada Aidil atau Zaquan secara terus apa sahaja soalan. Antaranya adalah perasaan Zaquan apabila sepakan penalti final Piala FA gagal beliau sempurnakan. Mengundang gelak ketawa hadiri yang lain, Zaquan dengan tenang menjawab bahawa penalti di satu-satu perlawanan akhir bukanlah semudah yang dilihat, malah bebanan yang amat berat untuk disempurnakan terutama sepakan yang pertama.

Majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah… terdapat 5 hadiah hamper kesemuanya, dan secara kebetulan kelima-lima hadiah tersebut dimenangi oleh peminat kanak-kanak bawah 12 tahun. Maaf kepada peminat dewasa, dah bukan rezeki, cuba lain kali :)

Sebelum hadiri dijamu dengan hidangan minum petang (sumbangan kembar dan keluar mereka sendiri, terima kasih daun keladi), Pengacara Majlis menjemput para hadirin yang ingin bergambar bersama selebriti idola semua. Ada juga kenang-kenangan untuk ditunjukkan kepada keluarga dan rakan-rakan…

Sewaktu hadirin menjamu selera, kembar dengan ramah mesranya datang melayan peminat-peminat dari meja ke meja. Ramai yang memberi respon kepada AZFC bahawa mereka tidak sangka bahawa kembar amat mudah didekati dan ramah dengan orang-ramai.

Majlis kemudiannya ditamatkan dengan fotografi berkumpulan bersama Aidil dan Zaquan, dan diharap semua yang hadir pulang dengan hati yang gembira…

Monday, April 12, 2010

Exclusive Interview with Zaquan Adha...

Tahniah kepada kembar Aidil & Zaquan kerana menunjukkan persembahan yang mantap di dalam final Piala FA Sabtu malam yg lepas, dan membantu Negeri Sembilan menjulang Piala FA 2010...!

Zaquan memaklumkan kepada AZFC bahawa semua pemain diberikan cuti selama 3 hari selepas perlawanan akhir Piala FA yang lepas. Dikesempatan itu, AZFC telah menemui dan menemuramah beliau selaku penyerang pasukan Negeri Sembilan tentang beberapa perkara yang banyak diperkatakan oleh peminat bolasepak amnya.

AZFC : Apakah perasaan Zaquan selepas membantu pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala FA pada Sabtu lepas?

Zaquan : Alhamdulillah matlamat untuk menjuarai Piala FA telah tercapai, tetapi dalam pada masa yg sama ada sedikit kekecewaan kerana saya gagal menyempurnakan sepakan penalti, rasa bersalah kepada team dan rakan2 yang lain.


AZFC : Apa yang terjadi sewaktu Zaquan mengambil sepakan penalti tersebut?

Zaquan : Kalau nak diikutkan memang di luar jangkaan. Kebiasaannya saya akan mengambil sepakan penalti, seperti di final Piala Malaysia yang lepas. Tetapi disebabkan sepakan pertama saya yang ambil, mungkin disebabkan terkejut atau over-confident maka sepakan itu gagal disempurnakan. Saya tak nafikan tekanan menjadi faktor penyebab atas kegagalan tersebut.

AZFC : Jadi adakah Zaquan rasa pada perlawanan akhir tersebut susah untuk menembusi gawang pasukan Kedah?

Zaquan : Kalau diikutkan pada malam itu saya tak dapat bergerak sangat, sebab memang dah dijangka yang saya akan diapit oleh defence Kedah. Itu yang menyebabkan saya susah untuk bergerak dan gagal untuk menjaringkan gol. Saya rasa perlu ada partner bagi membantu jentera serangan pasukan Negeri Sembilan.

AZFC : Dalam team yang sedia ada sekarang ini, siapa Zaquan rasa partner yang paling sesuai untuk digandingkan bersama Zaquan di bahagian serangan?

Zaquan : Semua player dah cuba, tetapi kalau nak iikutkan yang paling sesuai saya rasa saya suka digandingkan dengan Shukor (Adan) seperti tahun lepas dia menjadi back-up striker. Dia banyak menghantar bola, tetapi apabila dia diletakkan di bahagian bawah nampaknya dia boleh perform di bahagian bawah, jadi orang yang nak back-up saya ramai pemain-pemain muda. Saya tak kata saya orang yang penting dan bagus untuk terajui bahagian atas, tetapi tiada partner yang sesuai yang ada kredibiliti macam Khairuddin (Omar), macam kita tengok dalam Piala Malaysia yang lepas pun Khairuddin banyak bagi sumbangan dan memainkan peranan yang penting.

AZFC : Ada di dalam blog dan forum tempatan memberikan pandangan kenapa tidak digandingkan semula Zaquan dengan Aidil di bahagian serangan seperti sebelum ini?

Zaquan : Idea untuk digandingkan tu, memang abang pun nak bermain di bahagian atas. Macam yang saya cakapkan tadi, abang dengan Shukor setelah dipilih dan dilihat dalam kebanyakan game, kalau mereka tiada di bahagian defence pun agak susah kepada pasukan. Kalau abang naik ke atas Shukor akan susah, sama juga kalau Shukor naik ke atas bahagian bawah akan susah. Jadi kalau kita nak naikkan salah seorang mungkin atas ok tetapi bawah akan bocor. Sebab gandingan mereka berdua ni dah serasi.

AZFC : Bagaimana dengan Asyraf dengan Shafiq? Adakah mereka gugup di dalam game besar?

Zaquan : Mungkin juga.

AZFC : Apa harapan Zaquan selepas memenangi Piala FA, di masa-masa akan datang?

Zaquan : Target saya adalah Super League dan Piala Malaysia. Misi ini sangat penting untuk mempertahankan status juara Piala Malaysia dan kalau boleh Liga Super kita nak cuba top table dan saya harap saya sendiri dapat memperbaiki prestasi permainan, fitness dan juga persefahaman dengan kawan-kawan yang lain.

AZFC : Di antara kapten (Rizal Zambery) dengan Ideris (Karim), siapa yang boleh menghatar bola yang boleh sampai dan faham bacaan & larian bagi membolehkan bola sampai ke bahagian serangan?

Zaquan : Saya rasa Ideris dan Rizal sama level, tetapi kelebihan mungkin kepada Ideris kerana idea beliau menghantar bola ke atas. Macam kapten, dia lebih kepada defence dan untuk mengambil bola di bahagian tengah. Dan Ideris juga banyak membantu kapten di bahagian tengah, pada pandangan saya.

AZFC : Kalau diikutkan seperti tahun lepas, Ideris pernah bermain back-up kepada Zaquan. Apa perbincangan di kedai-kedai kopi, katakan di dalam Super League kali ini dicuba sekali lagi Ideris dengan Zaquan di bahagian serangan, mungkin diletakkan Halim bagi membantu kapten, dan Kecik (Shahurain) dengan Kuna macam biasa di kiri dan kanan, rasa-rasanye gandingan seperti ini boleh tak digunapakai di atas padang?

Zaquan : Bergantung kepada coach. Saya rasa boleh, tetapi seperti yang saya cakap tadi, kepercayaan coach kepada Ideris dan kapten banyak di bahagian mid-field, kalau Ideris diletakkan di bahagian back-up striker, maka midfield akan kosong. Itu lebih kepada taktikal yang diguna oleh coach. Jadi kekosongan di bahagian back-up striker itu yang menjadi masalah, tak tahu siapa...


AZFC : Ini soalan selain dari bola. Selain dari bola apa sukan yang Zaquan boleh dan suka main?

Zaquan : Badminton, takraw dan snooker... (gelak)

AZFC : Hobi?

Zaquan : Saya suka kumpul tin atau botol coke. Saya ada banyak koleksi seperti Piala Dunia di Jepun, dari Brazil, macam-macam jenis bekas minuman coke.

AZFC : Sebut tentang World Cup yang akan datang, apa favourite team Zaquan?

Zaquan : Saya suka Brazil sebenarnya, tetapi kalau diikutkan prestasi, tak tau nak agak siapa yang akan menang...

AZFC : Berbalik kepada bola, posisi Zaquan di sebelah kanan dimana Zaquan mampu memberikan hantaran yang baik kepada rakan-rakan, dan boleh mengubah perlawanan daripada kalah kepada kemenangan. Adakah Wan Jamak akan membuka posisi tersebut kepada Zaquan atau Zaquan lebih selesa bermain di posisi depan?

Zaquan : Secara personally, saya rasa dengan keadaan saya sekarang ini dimana tiada orang yang boleh back-up saya, saya lebih selesa bermain di bahagian tepi. Kerana jika saya kekal di bahagian atas mungkin kurang peluang bola dihantar kepada saya, dan lebih baik saya hantar kepada rakan-rakan, saya boleh cipta peluang kepada rakan-rakan... Seperti game 2nd half dengan KL Plus di suku akhir Piala FA lepas di Paroi.

AZFC : Akhir sekali, apa harapan Zaquan kepada Aidil & Zaquan Fan Club (AZFC)?

Zaquan : Saya harap dengan tertubuhnya AZFC ini, dapat memberi sokongan dan komen yang membina, kerana saya nak dikenali sebagai pemain bola. Saya rasa sokongan itu penting kerana karier saya ini banyak benda-benda yang memerlukan focus... Jadi bila nak dapatkan focus itu, jadi semangat dan dorongan dari orang lain itu penting. Saya jenis orang yang akan bersemangat apabila ada komen-komen yang membina dari orang lain. Dan fan club ini secara tidak langsung dapat membantu karier saya juga.

AZFC : Terima kasih Zaquan.

Zaquan : Sama-sama.

Thursday, April 8, 2010

Goal.com Special: Ten Players To Watch In 2010 - Asia


www.goal.com merupakan satu laman web antarabangsa yang memaparkan berita2 terkini bolasepak di seluruh dunia. John Duerden, editor (Asia) laman web tersebut telah, pada 1hb Januari 2010 menerbitkan satu rencana bertajuk : Ten Players To Watch In 2010 - Asia.

Di dalam rencana tersebut, Zaquan Adha telah dinamakan sebagai salah seorang pemain bolasepak Asia yang seharusnya diberikan perhatian. Bersama beliau, 9 lagi pemain adalah dari negara-negara yang disegani khususnya di peringkat Asia, seperti China, Thailand, Kore Selatan, UAE, Jepun, Australia, Jordan, India dan Saudi Arabia.


Berita lanjut boleh layari : http://www.goal.com/en/news/1775/asian-editorials/2010/01/01/1718476/goalcom-special-ten-players-to-watch-in-2010-asia