Monday, April 12, 2010

Exclusive Interview with Zaquan Adha...

Tahniah kepada kembar Aidil & Zaquan kerana menunjukkan persembahan yang mantap di dalam final Piala FA Sabtu malam yg lepas, dan membantu Negeri Sembilan menjulang Piala FA 2010...!

Zaquan memaklumkan kepada AZFC bahawa semua pemain diberikan cuti selama 3 hari selepas perlawanan akhir Piala FA yang lepas. Dikesempatan itu, AZFC telah menemui dan menemuramah beliau selaku penyerang pasukan Negeri Sembilan tentang beberapa perkara yang banyak diperkatakan oleh peminat bolasepak amnya.

AZFC : Apakah perasaan Zaquan selepas membantu pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala FA pada Sabtu lepas?

Zaquan : Alhamdulillah matlamat untuk menjuarai Piala FA telah tercapai, tetapi dalam pada masa yg sama ada sedikit kekecewaan kerana saya gagal menyempurnakan sepakan penalti, rasa bersalah kepada team dan rakan2 yang lain.


AZFC : Apa yang terjadi sewaktu Zaquan mengambil sepakan penalti tersebut?

Zaquan : Kalau nak diikutkan memang di luar jangkaan. Kebiasaannya saya akan mengambil sepakan penalti, seperti di final Piala Malaysia yang lepas. Tetapi disebabkan sepakan pertama saya yang ambil, mungkin disebabkan terkejut atau over-confident maka sepakan itu gagal disempurnakan. Saya tak nafikan tekanan menjadi faktor penyebab atas kegagalan tersebut.

AZFC : Jadi adakah Zaquan rasa pada perlawanan akhir tersebut susah untuk menembusi gawang pasukan Kedah?

Zaquan : Kalau diikutkan pada malam itu saya tak dapat bergerak sangat, sebab memang dah dijangka yang saya akan diapit oleh defence Kedah. Itu yang menyebabkan saya susah untuk bergerak dan gagal untuk menjaringkan gol. Saya rasa perlu ada partner bagi membantu jentera serangan pasukan Negeri Sembilan.

AZFC : Dalam team yang sedia ada sekarang ini, siapa Zaquan rasa partner yang paling sesuai untuk digandingkan bersama Zaquan di bahagian serangan?

Zaquan : Semua player dah cuba, tetapi kalau nak iikutkan yang paling sesuai saya rasa saya suka digandingkan dengan Shukor (Adan) seperti tahun lepas dia menjadi back-up striker. Dia banyak menghantar bola, tetapi apabila dia diletakkan di bahagian bawah nampaknya dia boleh perform di bahagian bawah, jadi orang yang nak back-up saya ramai pemain-pemain muda. Saya tak kata saya orang yang penting dan bagus untuk terajui bahagian atas, tetapi tiada partner yang sesuai yang ada kredibiliti macam Khairuddin (Omar), macam kita tengok dalam Piala Malaysia yang lepas pun Khairuddin banyak bagi sumbangan dan memainkan peranan yang penting.

AZFC : Ada di dalam blog dan forum tempatan memberikan pandangan kenapa tidak digandingkan semula Zaquan dengan Aidil di bahagian serangan seperti sebelum ini?

Zaquan : Idea untuk digandingkan tu, memang abang pun nak bermain di bahagian atas. Macam yang saya cakapkan tadi, abang dengan Shukor setelah dipilih dan dilihat dalam kebanyakan game, kalau mereka tiada di bahagian defence pun agak susah kepada pasukan. Kalau abang naik ke atas Shukor akan susah, sama juga kalau Shukor naik ke atas bahagian bawah akan susah. Jadi kalau kita nak naikkan salah seorang mungkin atas ok tetapi bawah akan bocor. Sebab gandingan mereka berdua ni dah serasi.

AZFC : Bagaimana dengan Asyraf dengan Shafiq? Adakah mereka gugup di dalam game besar?

Zaquan : Mungkin juga.

AZFC : Apa harapan Zaquan selepas memenangi Piala FA, di masa-masa akan datang?

Zaquan : Target saya adalah Super League dan Piala Malaysia. Misi ini sangat penting untuk mempertahankan status juara Piala Malaysia dan kalau boleh Liga Super kita nak cuba top table dan saya harap saya sendiri dapat memperbaiki prestasi permainan, fitness dan juga persefahaman dengan kawan-kawan yang lain.

AZFC : Di antara kapten (Rizal Zambery) dengan Ideris (Karim), siapa yang boleh menghatar bola yang boleh sampai dan faham bacaan & larian bagi membolehkan bola sampai ke bahagian serangan?

Zaquan : Saya rasa Ideris dan Rizal sama level, tetapi kelebihan mungkin kepada Ideris kerana idea beliau menghantar bola ke atas. Macam kapten, dia lebih kepada defence dan untuk mengambil bola di bahagian tengah. Dan Ideris juga banyak membantu kapten di bahagian tengah, pada pandangan saya.

AZFC : Kalau diikutkan seperti tahun lepas, Ideris pernah bermain back-up kepada Zaquan. Apa perbincangan di kedai-kedai kopi, katakan di dalam Super League kali ini dicuba sekali lagi Ideris dengan Zaquan di bahagian serangan, mungkin diletakkan Halim bagi membantu kapten, dan Kecik (Shahurain) dengan Kuna macam biasa di kiri dan kanan, rasa-rasanye gandingan seperti ini boleh tak digunapakai di atas padang?

Zaquan : Bergantung kepada coach. Saya rasa boleh, tetapi seperti yang saya cakap tadi, kepercayaan coach kepada Ideris dan kapten banyak di bahagian mid-field, kalau Ideris diletakkan di bahagian back-up striker, maka midfield akan kosong. Itu lebih kepada taktikal yang diguna oleh coach. Jadi kekosongan di bahagian back-up striker itu yang menjadi masalah, tak tahu siapa...


AZFC : Ini soalan selain dari bola. Selain dari bola apa sukan yang Zaquan boleh dan suka main?

Zaquan : Badminton, takraw dan snooker... (gelak)

AZFC : Hobi?

Zaquan : Saya suka kumpul tin atau botol coke. Saya ada banyak koleksi seperti Piala Dunia di Jepun, dari Brazil, macam-macam jenis bekas minuman coke.

AZFC : Sebut tentang World Cup yang akan datang, apa favourite team Zaquan?

Zaquan : Saya suka Brazil sebenarnya, tetapi kalau diikutkan prestasi, tak tau nak agak siapa yang akan menang...

AZFC : Berbalik kepada bola, posisi Zaquan di sebelah kanan dimana Zaquan mampu memberikan hantaran yang baik kepada rakan-rakan, dan boleh mengubah perlawanan daripada kalah kepada kemenangan. Adakah Wan Jamak akan membuka posisi tersebut kepada Zaquan atau Zaquan lebih selesa bermain di posisi depan?

Zaquan : Secara personally, saya rasa dengan keadaan saya sekarang ini dimana tiada orang yang boleh back-up saya, saya lebih selesa bermain di bahagian tepi. Kerana jika saya kekal di bahagian atas mungkin kurang peluang bola dihantar kepada saya, dan lebih baik saya hantar kepada rakan-rakan, saya boleh cipta peluang kepada rakan-rakan... Seperti game 2nd half dengan KL Plus di suku akhir Piala FA lepas di Paroi.

AZFC : Akhir sekali, apa harapan Zaquan kepada Aidil & Zaquan Fan Club (AZFC)?

Zaquan : Saya harap dengan tertubuhnya AZFC ini, dapat memberi sokongan dan komen yang membina, kerana saya nak dikenali sebagai pemain bola. Saya rasa sokongan itu penting kerana karier saya ini banyak benda-benda yang memerlukan focus... Jadi bila nak dapatkan focus itu, jadi semangat dan dorongan dari orang lain itu penting. Saya jenis orang yang akan bersemangat apabila ada komen-komen yang membina dari orang lain. Dan fan club ini secara tidak langsung dapat membantu karier saya juga.

AZFC : Terima kasih Zaquan.

Zaquan : Sama-sama.

3 comments:

  1. semoga berjaya dlm karier yg di cemuri... minat dkt AZ...

    ReplyDelete
  2. zaquan adha,lawan ngan kelantan nanti buat betol2 tau ;)

    ReplyDelete
  3. good luck jumaat ni lawan p.pinang,jgn kalah lg k?huh

    ReplyDelete