Monday, April 26, 2010

1st AZFC Gathering

Pada hari Ahad 18hb April 2010 yang lalu, AZFC telah menganjurkan satu perjumpaan kali pertama semua peminat-peminat dan pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, bertempat di Restoren Raudhah di Jalan Rahang, Seremban.


Majlis ini bertujuan bagi memaklumkan kepada umum senarai Ahli Jawatankuasa Protem yang dilantik serta merupakan satu ‘kick-off event’ menandakan secara rasminya AZFC akan mula digerakkan oleh AJK Protem ini.

Jumlah jemputan terpaksa dihadkan bagi memastikan semua yang hadir berpuashati dan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual. Di dalam majlis ini juga borang pendaftaran keahlian juga diedarkan kepada hadirin, dimana caj pemprosesan sebanyak RM10.00 dikenakan (mestilah 7 tahun ke atas).

Agak menggelikan hati melihat airmuka hadirin yang terkejut apabila Aidil & Zaquan masuk ke dalam dewan makan secara tiba-tiba sedang mereka asyik mengisi borang atau beramah mesra sesama mereka. Apatah lagi melihat keletah anak-anak kecil yang menjadikan kembar idola serta ikon ikutan mereka, kini berada di depan mata mereka…. Melompat-lompat kegembiraan, hehehe!

Pengacara majlis, En Azumuddin melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan bijak. Selesai membaca doa, Presiden Protem iaitu En Sofian menyampaikan sepatah-dua kata berhubung penubuhan AZFC. Kemudian diikuti dengan Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, dan diakhiri dengan ayah kembar iaitu Pakcik Radzak yang menyampaikan amanah serta harapan beliau terhadap penubuhan AZFC ini.

Pengerusi Majlis kemudiannya memberi peluang kepada hadirin untuk bertanyakan sendiri kepada Aidil atau Zaquan secara terus apa sahaja soalan. Antaranya adalah perasaan Zaquan apabila sepakan penalti final Piala FA gagal beliau sempurnakan. Mengundang gelak ketawa hadiri yang lain, Zaquan dengan tenang menjawab bahawa penalti di satu-satu perlawanan akhir bukanlah semudah yang dilihat, malah bebanan yang amat berat untuk disempurnakan terutama sepakan yang pertama.

Majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah… terdapat 5 hadiah hamper kesemuanya, dan secara kebetulan kelima-lima hadiah tersebut dimenangi oleh peminat kanak-kanak bawah 12 tahun. Maaf kepada peminat dewasa, dah bukan rezeki, cuba lain kali :)

Sebelum hadiri dijamu dengan hidangan minum petang (sumbangan kembar dan keluar mereka sendiri, terima kasih daun keladi), Pengacara Majlis menjemput para hadirin yang ingin bergambar bersama selebriti idola semua. Ada juga kenang-kenangan untuk ditunjukkan kepada keluarga dan rakan-rakan…

Sewaktu hadirin menjamu selera, kembar dengan ramah mesranya datang melayan peminat-peminat dari meja ke meja. Ramai yang memberi respon kepada AZFC bahawa mereka tidak sangka bahawa kembar amat mudah didekati dan ramah dengan orang-ramai.

Majlis kemudiannya ditamatkan dengan fotografi berkumpulan bersama Aidil dan Zaquan, dan diharap semua yang hadir pulang dengan hati yang gembira…

10 comments:

  1. 18 mei 2010?
    tu belom lps lg.
    haha
    pape jela..
    good luck twin n azfc

    ReplyDelete
  2. Ops silap... Nnt kami amend :)

    ReplyDelete
  3. haha.
    ok2.
    tu yg pelik tu.
    rsenye april belom abes..
    eh,cmne law i nk join event2 yg camni soon?

    ReplyDelete
  4. Next event adalah Pertandingan Bowling Bersama Aidil & Zaquan... Maklumat lanjut kami akan maklumkan di dalam blog atau Facebook. Kena jd ahli dulu, isi borang dan sertakan sekali bayaran RM10 utk bayaran pemprosesan dan gambar bersaiz lesen.

    ReplyDelete
  5. a'a la kan..
    dorank kn org n9.
    agknye n9 je kot.
    haha

    ReplyDelete
  6. Boleh je kalau nk daftar... AZFC support kembar atas kapasiti diorang sbg pemain bolasepak kebangsaan. Advantage utk peminat di N9 sbb kembar mewakili team N9 dan byk game di sini. Antara perancangan program akan dtg kami akan buat di negeri2 lain dan join fan di sana... :) Borang akan diupload dlm blog ini akan dtg...

    ReplyDelete
  7. ouh..
    yela..
    tp ok pe law skali skale wat kt lua n9..
    pape pn we all ttp sport local football player.
    mm.borang akn d upload?
    ok.
    lolylawhh,saba ye?

    ReplyDelete
  8. mcam mana nk join event and nk jadi ahli... keluar rmh pun x leh... mybe sebab msih belajar kot (sek men) klau event buat dkt kwn klang boleh kot g... itu pun x tentu juga... hehehe... tp nk g event and nk jadi ahli...

    oh ye... sebelum t'lupa... sya ada tubuhkan page KUMPULAN PEMINAT ZAQUAN & AIDIL dkt ms... nnti klau ada msa tengok lah page tu... sebab dah byk sgt org komen psal AZ..
    lagi 1... klau nk nk upload pic dlm blog ni dkt page tu boleh x???

    ReplyDelete