Wednesday, April 7, 2010

Terima kasih - Astro Video Shooting


AZFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg dapat hadir semalam di KGV Green Seremban bagi rakaman Astro Arena bersama Aidil & Zaquan... menambahkan meriah adalah kanak-kanak yang sememangnya peminat setia kembar, kelakar melihat keletah mereka bila melihat Aidil & Zaquan di depan mata mereka secara dekat.


Ada antara penyokong juga telah ditemuramah oleh Astro Arena dan Astro Awani tentang pendapat dan pandangan mereka tentang kembar... masuk TV tu! Hehehe.

Mungkin kerana jadual yang agak ketat, mereka terpaksa terus menghadiri latihan harian bersama skuad Negeri Sembilan bagi membuat persediaan menghadapi pasukan Kedah pada Sabtu 10hb April 2010 di Stadium Bukit Jalil. Tetapi AZFC telah mendapatkan persetujuan dari kembar untuk mengadakan jamuan teh tarik (orang KL panggil TT) bersama peminat dan penyokong, di mana tarikh TT akan ditentukan selepas perlawanan akhir Sabtu nanti.


Sekali lagi, AZFC ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. AZFC yakin sekiranya program dilakukan di luar waktu pejabat dan diberi makluman awal, mungkin lebih ramai yang dapat meluangkan masa untuk hadir bersama!

Terima kasih.

Monday, April 5, 2010

Video Shooting with Astro Arena...

Pihak Astro Arena (801) dijadualkan akan mengadakan satu video shooting dengan Aidil Zafuan & Zaquan Adha pada hari Rabu ini 7hb April 2010. Antara program yang dicadangkan adalah mengadakan lawatan di bekas sekolah Aidil & Zaquan di Sikamat dan sessi latihan dan bersama penyokong AZFC di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi.


Pihak AZFC di sini ingin menjemput peminat Aidil & Zaquan untuk memeriahkan sessi video shooting tersebut, sekiranya dapat hadir pada jam 3.00ptg di STAR Paroi dengan berpakaian penyokong dan/atau sukan dalam sessi latihan bersama mereka. Peminat-peminat kecil juga amat dialu-alukan turut hadir dengan pakaian sukan. Program dijangka tamat pada jam 4.30pm kerana kembar akan menghadiri sessi latihan harian bersama pasukan Negeri Sembilan pada petang itu.


Sunday, April 4, 2010

Lagenda Astro Arena 2010/11...

18hb Mac yang lalu, satu lagi sejarah penyiaran televisyen negara telah tercipta dimana Astro Arena telah secara rasminya dilancarkan... Dengan tagline "Nadi Sukan Malaysia", ia merupakan satu channel yg memberi maklumat dan info tentang sukan khususnya di dalam negara.


AZFC amat berbangga dan ingin mengucapkan tahniah kerana pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha telah terpilih sebagai wakil (ambassador) atau disebut Lagenda Astro Arena disamping beberapa atlit sukan terkenal tanah air . Antara atlit lain yang turut sama adalah Dato' Lee Chong Wei, Dato' Misbun Sidek, Dato' Yoges, Dato' Jegathesan, Mirnawan Nawawi, Dato' Soh Chin Aun, Marina Chin, Danial Bego, Azizol Hasni, Puvaneswaran serta Dato' Rahim Razali.

Ini merupakan satu penghargaan kepada Aidil & Zaquan kerana pada umur yang sebegitu muda, Astro telah menghargai kelebihan serta skill yang dimiliki oleh mereka. AZFC akan memberikan info terkini kepada peminat semua berhubung aktiviti mereka dari masa ke semasa... :)



p/s: Kami peminat bolasepak tempatan amat berharap kalau Astro dapat siarkan siaran langsung/tertunda setiap perlawanan sama ada Liga Super, Piala FA atau perlawanan persahabatan antarabangsa... Takde laa tertunggu-tunggu ada atau tidak LIVE di RTM, dan pasukan mana yang di'cover' setiap minggu....