Sunday, May 2, 2010

Sumbangan Oleh WTW Construction & Mawaddah Boutique

Pada hari Jumaat 30hb April 2010 yang lepas, pengurusan AZFC berserta Aidil Zafuan & Zaquan Adha telah hadir di majlis sumbangan 'sponsorship' oleh dua syarikat iaitu WTW Construction dan Mawaddah Boutique Sdn Bhd, bagi program AZFC Bowling Tournament With Aidil & Zaquan...


Bermula di pejabat urusan WTW Construction di Seremban 2, pengarah syarikat iaitu En James telah menyampaikan sumbangan kepada Presiden AZFC iaitu En Ahmad Sofian bin Mohd Nor sambil disaksikan oleh pasangan kembar Aidil & Zaquan serta keluarga dan rakan-rakan. En James ternyata gembira dengan kehadiran kembar dan yakin dengan program Pertandingan Bowling yang akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada hari Ahad 9/5/2010.

Kemudian AZFC, Aidil, Zaquan dan ahli-ahli keluarga mereka pergi ke gedung busana muslim dan muslimah iaitu Mawaddah Boutique yang terletak tidak jauh dari lokasi yang pertama. Di sini, dua pengarah syarikat Mawaddah iaitu Pn Rusnaliza bt Dato' Ahmad Soffian dan Norulhuda Munzir telah menyampaikan cek kepada AZFC. Di samping itu pasangan juga berpeluang melihat tudung serta skaf buatan Mawaddah khas bagi peminat bolasepak muslimah iaitu Pro-N9.


Di sini kami AZFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada WTW Construction dan Mawaddah Boutique kerana sudi memberikan sumbangan bagi memastikan program Pertandingan Bowling ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Disamping itu, pengarah-pengarah syarikat-syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian dari penyumbang program AZFC dan jika ada rezeki akan memberi sokongan di acara-acara AZFC di masa-masa akan datang.

Terima kasih daun keladi dari kami AZFC :)

3 comments: